Click Here~

Kerja di Putrajaya Part 1

Assalamualaikum.



Macam biasa la. Lepas berapa bulan baru aku bukak semula blog ni. Segala janji manis dulu tu tak tahu dah hilang ke mana. Haa hadap jela. Melayu kan mudah lupa. Lol.
Okay back to our topic. Aku nak cerita pengalaman aku cari kerja selepas habis belajar.
Owh sekarang aku sedang bekerja di Jabatan Perdana Menteri kat Putrajaya. Yang bangunan kubah hijau tu. Haa bangunan tu la yang aku kerja sekarang.


Image result for putrajaya
Gambar ihsan brader Google


Kebanyakan orang yang tahu aku kerja situ sekarang mesti curious macam mana boleh masuk sini sedangkan aku baru umur 23 tahun. Konvokesyen pun baru nak buat Oktober ni. Huahuahua
Sebenarnya panjang cerita dia, dan aku memang tak suka pendekkan cerita so aku nak cerita panjang-panjang. Hadap la korang baca tu pun kalau ada yang baca la. Heww

Pada asalnya macam biasa la students baru habis praktikal of course la macam nak lek2 dulu. Duduk rumah ternak segala lemak tepu susah nak buang tu. Lepas 2 minggu aku jadi penganggur kehormat, member kamcing aku pun whatsapp dengan ayat, "Weh, Korea jom?"
Aku sebagai seorang yang minat kpop especially EXO ni gila tak triggered? Triggered gila ba** la woi! Hahaha Aku dah macam tak tentu arah, aku tak kerja macam mana nak fly sana doe? Member banyak duit boleh sembang meja lain okay? :*


Image result for ExO
Thanks again brader Google


After that, mula la misi mencari kerja aku. Dengan berbekalkan Degree yang tak rasmi ni aku pun gigih tulis resume, hantar dan mintak mana2 je tempat kerja yang aku berkenan. Aku sebolehnya cari tempat dalam negeri je sebab aku baru nak merangkak weh. Kang aku culture shock sape nak jawab? Lels.
Antara tempat yang aku usha kerja ni of course la Jobstreet, Indeed and so on. But out of nowhere aku mcm nk usha Mudah.my. Aku macam saja2 laa tengok kut ada kerja yang nak pakai orang dalam negeri ni kan. Aku pun ternampak iklan pembantu butik. Dia offer gaji RM1300 bhaii. Dah la dekat ngan rumah, butik je pulak tu. Kira nak kata kerja tak susah la. Aku pun macam excited la. Aku pun terus mesej Puan Mas untuk tanya macam mana proses segala tu kan since dia bagi contact number je mana aku nk letak resume? Lol

Aku sumpah tak sangka lepas aku mesej Puan Mas tu nasib aku akan berubah beb. Haa gitu drama. Hewhew


Haa nak tahu apa maksud nasib aku berubah tu? Boleh stay tuned part 2 sebab aku kena sambung kerja.



Adios