Officially Graduated!

Assalamualaikum.







Hi, guys!

Maka dengan ini tamatlah sudah zaman belajar, zaman Universiti, zaman huhahuha Ojanoja.

Dari 2013 bermula Minggu Orientasi di Kampus Gong Badak. Then kita dipindahkan ke Kampus Tembila. Kebanyakan merungut Tembila jauh dan terpencil. Semua dah penat nak berangkut barang ke sana sebab dan selesa di GB.  

Bila sampai sana memang as expected. Macam2 benda takde. Kafe yang jual makanan ada satu je guys. Dan jual minuman satu. Ye guys. Satu. Kat situ la kami yang berapa ratus ni duk berebut. Sakit guys. Nak cari koperasi memang harapan. Masa tu la. Asrama baru is nice but takde ape. Sunyi guys. Haha Berapa lama merungut mengadu macam2. Tak masuk masalah nak pegi bandar nak topup makanan la ape la. Bila ingat balik baru rasa cam lawak. Tapi masa tu rasa nak drop belajar. Masalah bukan besar pun padahalnya.





Then kena pindah lagi sebab tak cukup bilik asrama untuk adik2 yang baru nak masuk. So senior kena beralah duduk luar kampus. Satu hal lagi guys. But ape yang best duduk luar bebas gila nk balik pukul berapa since xde curfew. Haha Ponteng kelas pun tak rasa sangat sebab jauh dari kampus. #ehem Menyetan betul bila dah senior. 

Kalau org tanya bila tahun yg paling best masa kat Uni aku akan kata masa aku duduk rumah sewa. Banyak sangat cerita, pengalaman suka duka merana menangis happy bahagia horror #ehem kat sana. Yang mana hanya penghuni D'wanza saja yang tahu segalanya. Walaupun time ni aku buat part time. (Sorry guys for being selfish utk satu tahun since banyak masalah dalaman) Aku harap korang paham.





Sampai la sem yang paling gila bagi budak2 Uni. Sem nak hadap FYP. Masa ni paling gila bagi aku. Pernah rasa nak give up. Yes. Kau buat projek sorang2. Tak ada orang pun yang paham projek kau. Atau mungkin org tak ada masa nak paham projek kau sbb org lain pun ada projek sendiri nak kena settle. Kau cari dan paham coding sorang2. Kau buat report sorang2. Gila guys. Gila. Tak tido malam tu normal. Takyah sembang pasal exam la. Penat. Haha

After that, masing2 dah start intern kat tempat masing2. Kita dah start buat hal sendiri. Telegram #Pals je yang bising buat tempat luah perasaan. Haha

Akhirnya, 21 Oct 2017 kita officially Alumni UniSZA guys. Alhamdulillah sebab masih kuat dan teruskan walaupun hampir give up.






Dannn. Tipu la kalau kata sepanjang kenal tak pernah gaduh, tarik muka, terasa hati, tak puas hati. Perfect friendship tu memang tak. Tapi kalau diberi pilihan aku tak nak yang lain. Sebab yg tak perfect ni la yg banyak ajar aku macam2. Yang banyak bagi aku kenyang. Yang banyak menghulur time aku perlukan. Yang memahami dan terima perangai selfish dan setan aku. Yang paham baran tak bertempat aku sampai tahap dorang dah malas nak layan dah. Haha

I hope this friendship doesn't stop here. I hope we'll stay together for a long time.


I LOVE YOU GUYS~