Trip to Penang Final

Assalamualaikum.


Ahah! I'm back! Aku nak settle sembang pasal Penang cepat2 sebab takut nanti orang boring tunggu lama2. Itu pun kalau la ada orang baca blog hambar ni. LOL


Okay macam yang aku kata dalam post Trip to Penang Part 2 yang lepas, pada hari terakhir kami kat Penang kami decide untuk cari breakfast dan blah terus gerak Airport Penang sebab takut lambat or ingat nak jalan2 cari pasal kat sana pulak. Tapi cerita jadi lain bila kami duk sesat tak jumpa punca nak gerak mana nak cari breakfast. Masa tu Penang masih dalam mood baru-sudah-banjir-besar-aku-malas-nak-buka-kedai haa macam tu la. Sebab aku macam tak nampak any kedai yang boleh singgah untuk breakfast. Yang aku nampak kedai Cina saja. Don't wanna be racist here tapi agak2 ah weh nak suruh aku masuk kedai Cina pastu depan kedai ada anjing. Kau rasa? Hahaha


Pastu aku macam teringat aku ada buat list tempat2 yang aku nak pergi sepanjang kat Penang yang ada dah crossed ada yang belum. So dalam list tu aku nampak Roti Canai Transfer Road. Aku pun tak cakap banyak sebab memang dah lapar gila terus bukak Uber apps lantas booked pegi cari Roti Canai Transfer Road. Hiuhiu


Presentation macam...hahahaha

Tapi dia punya rasaaaaaa! Fuh!!

Masa mula-mula sampai kat kedai tu kami macam lost. Weh sumpah aku tak pernah imagine yang kedai dia literally tepi jalan dan meja memanjang macam..weh seriously?! Aku ngan kakak aku dah saling pandang satu sama lain. Tapi customer memang ramai. So kami macam no doubt! Betul la ni kedai dia. Tak syak lagi. Tapi kalau tak naik Uber sumpah aku tak tahu tu kedai dia sebab tak ada banner or signboard or anything. Haha! Kami dah cuak sebab orang ramai sangat so kami macam tak tahu nak duduk mana. Fortunately, ada sorang aney tu tanya dan bagi kami tempat duduk. Fuh *lap peluh* Kami order roti canai telur dengan ayam dan teh tarik. Masa dia hantar tu kami macam was2 jugak. Berbalik pada post Trip to Penang Part 1  dulu aku ada kata yang kami tak fancy sangat ngan makanan mamak ni. Tapi lepas je pekena roti canai berhantu ni... *insert emoji pengsan*

YA ROB SEDAP GILA HOKEY! ROTI DIA LEMBUT GILA! AYAM DIA KAU TAKYAH STRUGGLE PUN WALAUPUN MAKAN GUNA SUDU GARFU MEMANG LEMBUTTT SANGAT! KAMI PUAS HATI GILA! THANKS MAMAK! HAHAHAHA


Okay, settle makan kami pun decide nak jalan2 je sepanjang jalan area Transfer Road tu sebab nak usha kut2 ada any souvenir shops yang bukak tapi hampeh takde. Sambil jalan sambil posing sambil selfie bagai aku rasa tak perlu la aku masukkan kat sini takut korang muntah hijau pulak kang haa susah! Haha Sambil2 jalan tu kami nampak Glass Museum. Kami pun terus masuk sebab nak buang masa sementara tunggu nak gerak ke airport Penang. Untuk entrance fee aku dah lupa sebenarnya tapi kalau tak silap aku dalam RM15 for citizen yang tunjuk IC. Kalau tak yakin boleh Google guys. Kat sini aku takde apa nak cerita sebab kami literally ambik gambar je. So yeah. Cekidaud guys!


Image result for glass museum penang
Ihsan Google. Entrance of Glass Museum.

Semua benda diperbuat dari kaca ye kecuali aku dan kakak aku. Hehe

Kakak aku yang.... (fill in the blank) hahaha

Aku harap parents aku tak baca blog aku lol #acah part 1

#acah Part 2

*insert lagu Dimatamu by Piang*

Settle posing kami pun gerak pegi airport and say goodbye to Penang sebab bagi macam2 kenangan pahit manis masam masin semua ada cukup lengkap. Hahaha Special thanks to kakak aku dan kawan-kawan aku, Han and Syed yang berjaya tabah dengan perangai aku yang banyak komplen, demanding and all! Haha! One fine day, aku akan kembali Penang!! Chow.


P/S : Nak roti canai Transfer Road lagiiii!


Adios

Trip to Penang Part 2

Assalamualaikum.


Sebelum ni aku ada sembang pasal Trip to Penang Part 1 Okay sekarang aku nak sambung sembang pasal Penang Part 2. Ye tahu lambat gila. Sorry! >.< Lepas kami dah settle dengan macam2 posing dekat Glow In The Dark Museum kami gerak pergi Masjid Kapitan Keling. Masjid ni sama je macam masjid2 yang lain. Apa yang best pasal masjid ni cuma lokasi dia dekat gila dengan warung nasi kandar. Kalau datang sini boleh cari nasi kandar kat sini. Tapi schedule kedai dia aku tak tahu sebab aku tak pergi pun. Hehe








Then lepas solat dan rehat kami decide nak pegi mall sebab nak cari sushi. Empire Sushi to be exact. Aku tak pasti sama ada tu Queensbay Mall or something-Avenue Mall or whatnot sebab aku tak ingat. LOL but yeah kami lepak sushi then cuci mata tengok sales then solat. After that kami terus gerak naik free shuttle bus cari Starbucks klasik. Sebab apa aku kata klasik? Sebab dia punya building and interior dia klasik gila. Macam hang masuk restoran zaman jajahan Jepun tapi ni untuk orang2 kaya haa gittuhhh ><



Nampak dia punya entrance kau dah boleh feel dia punya klasik. Haha!

Related image
Thanks again Google


Image result for starbucks penang

Kpoper detected >.<

Settle kat Starbucks kami pun terus gerak pegi cari pasembuq. Aku sumpah lupa jugak yang ni pun apa nama tempat dia. Padang Kota kut. Aku dah tanya kawan aku, but aku still lupa. Aku rasa aku dah telan sarang semut ni. Kalau telan semut sekoq dua tadak aih pelupa laguni. Gitchewww.

Kat sini kami makan sepinggan kongsi 4. Portion dia banyak satu hal. Serabut dengan tukang kedai hat duk panggil2 pun satu hal jugak. Korang boleh chill kut bagi peluang aku usha kedai2 mana aku nak pi. Ni dakkkk sibuk duk ligan kami pasaipa?! #nakmakanpunstress Haha!
Kat sini tak lama pun sebab hujan dan kitorang nak gerak pegi Penang Avatar Secret Garden haa gitula kut nama dia.


Haa sampai kat sini aku suka gila sebab ni la main reason aku nak pi Penang. Aku nak pegi tengok lampu2 kat sini la. Lawa baqhanggggg!! Walaupun masa ni Penang baru lepas banjir besar tapi dia punya lampu dan kecantikan tak jejas langsung. Nasib baik lampu-lampu tu sangkut kat dahan pokok hat tinggi melangut. Kalau dakkk hancus plan aku. So, silakan menjamu mata.


Nampak muka excited sis?

Pardon muka minyak sis dan gambar LQ 

Cantik guys. Sumpah! 

Nak pegi lagi!!!

Okay lepas posing sana sini. Masa pun dah nak jejak midnight. So kitorang pun gerak balik hostel. Kawan-kawan aku pulak decide untuk balik rumah terus sebab esok dah kerja. Sobs. So kitorang berpisah dekat hostel yang aku lepak.


Keesokan harinya aku tak plan untuk pegi mana-mana pun. Kami decide untuk pegi breakfast dan terus gerak airport sebenarnya. Tapi lain pulak jadi bila kami sesat tak jumpa punca. Haa nak tau sesat kes apa. Stay tunedd. Nanti aku buat part 3 pulak. Sebab aku dah lama peram part 2 ni so aku release dulu yang ni. Kahkah #naklepastanggungjawab Bye!!


Adios