Trip to Krabi : Preparation

Assalamualaikum.

Credit owner

Hey guys! Okay aku nak share ngan korang yang pada 25hb April 2018 ni aku akan terbang ke Krabi selama 4 hari 3 malam!!!! Yeayy! Sis excited! Haha Macam biasa aku kalau nak gerak jalan-jalan aku akan prepare apa yang patut. List bermacam-macam list aku akan sediakan sebab aku tak suka bila dah sampai sana tak tahu nak buat apa. At least a little information and knowledge is nice isn't it? Andddd a big big big thanks and credits to Your Krabi website which is aku rasa sangat membantu aku yang noob tak pernah keluar tempurung ni untuk nampak sikit apa aku nak buat, macam mana nak gerak and so on kat sana nanti.

Credit owner

First of all, cuti. Hahaha Ye guys, cuti. Penting gila ni kalau tak dapat cuti memang mimpi jela aku nak jalan-jalan. So doakan la boss aku approve cuti aku wuwuwu


After that, duit. Tak ada duit takleh jalan sis. Memandangkan aku ni sangatlah boros yang amat so aku asingkan terus gaji kerja aku masuk akaun bank orang yang boleh dipercayai. Kahkah. Okey sebelum lupa, trip ni trip budget je yang include aku, abang aku, kakak ipar aku dan kakak aku. Kami berempat planned this trip last year since nak tiket murah kan? Lol So kami dapat la flight tickets RM170+ setiap orang return masa beli online. Murah la dari beli on the spot kan. Hehe 
Tunjuk yg luar. Tunjuk yang dalam karang menangis pulak korang. Hahaha

Passport. Oh My God! Aku tak tahu la orang lain macam mana tapi disebabkan ni first time aku pergi buat passport. Ya Rabbi pahit guys. Pahit. Lawak pun ada jugak la sikit. Haha Okay aku buat passport dengan kakak aku dengan harapan nak ada geng. Sebelum pergi bersiap la kononnya nak ambik gambar kan dan aku memang tak tahu yang passport ni ngeri sebenarnya. Haha Okay then kami gerak sampai di Imigresen kami pun take turn semua. Sampai je kat kaunter, teller isi maklumat cap jari semua okay la. Sampai part nak ambil gambar tu, dia suruh aku pakai tudung sampai nampak semua kening. Like....kening aku panjang ke dalam weh how come? Aku dah cuak. Then masuk bilik persalinan, memang takde jalan lain selain membulatkan tudung aku weh serious. Ahhhh benci gilaaaaa! Haha Aku serious bad mood malam tu kes passport ni. No wonder la ramai kata passport muka buruk is normal Hahahaha! Apa pengalaman korang pulak? Please share guys. Aku jeke yang hadap benda ni? Lol



Next, other stuffs like bagpack. Aku dan kakak aku *refer Trip to Penang* yeah my sis, that one, we decided to share our bagpacks. Ni pun atas nasihat pakar dan pinjam bagpack pun dari pakar. Haha! So kami bawa yang besar satu yang medium satu. Sebab tak banyak pun barang nak bawak pergi. Haha Pakar juga ada mengatakan (giteeww) kat sana tak payah pakai fancy pun. Just pakai selipar pun dah okay dengan cuaca sekarang dan pakaian pun memang bawak yang lightweight je. So dengan gigih aku mintak tolong abang dan kakak ipar aku carikan selipar.


Gigih tak? Hahaha Pening sis.

Last sekali ambik favorite color jugak senang lol

Selain itu, aku prepare juga Universal Travel Adapter since Thailand tak guna plug macam kita. Ni based on apa yang aku baca la. So yeah thanks Mr DIY! Other important stuffs yang berkaitan macam sunblock, mosquito repellent, pills and meds stuffs, toiletries aku cari kat Watsons/Guardian je. Senang dan murah kalau beli time sale. Budget guys budget. Hiks.

Aku pilih yang ada port untuk USB terus. Senang. Tapi mahal sikit bagi aku. Rm18.90 Huhu


Okay sebelum aku chow aku nak bagitahu nanti lepas balik dari Krabi aku nak buat satu giveaway barang2 dari sana. Aku akan update satu post pasal giveaway tu okay? So stay tuned! Hiks Doakan perjalanan kami selamat pergi dan kembali. Amen. Byee!


Adios