Trip to Krabi : Activity Day 1

Assalamualaikum.

So, seperti yang dijanjikan let's goo~~

Day 1


Photography : Failed
Lepas kami dah settle check in bilik, rehat dan solat kami terus gerak pergi Aonang Beach dengan tujuan nak cari pakej2 menarik yang ada untuk aktiviti sepanjang kat Krabi ni. Kat sini memang kena ambil pakej untuk memudahkan perjalanan. Okay untuk gerak ke Aonang, Pin Thong Aonang Villa memang ada menyediakan khidmat tuk2 free macam yang aku bagitahu dalam post yang lepas. Tapi.... haa suspen ke idok? Hehe Tapi dia ada schedule yang tersendiri. Memandangkan masa kami sampai, tuk2 baru je bergerak so makan masa 3 jam untuk kami tunggu next tuk2. So, kami decide untuk sewa motor~ Hee. Kat sini motorbike rent dia bagi 200 Baht = Rm 25 untuk 24 jam. Okay laa kan? Bagi aku dh murah tu since satu motor 2 orang. So okay la. Sebelum kami gerak, staff villa, Sand ada bagitahu yang villa pun ada tawarkan pakej yang lebih murah dari pakej2 yang ada di Aonang Beach. Tapi since aku dah baca yang kita kena jugak cari dan tanya sebelum decide so kami decide untuk survey dulu. So yeah Aonang Beach here we go~
Motor2 kat sana memang comel2 je guys. Haha

Ikan todak kan guys? Aku masih curious. Haha
Sampai malam aku tunggu tempat ni tak ada orang but yeah as you can see. People everywhere. Literally. I'm sad. Haha But yeah todak ni macam statue bagi Aonang Beach if I'm not mistaken. Setiap orang yang datang sini memang wajib bergambar kat sini. Kedudukan dia betul2 depan pantai Aonang. Masa ni selain survey pakej yang ada, kami just pusing2 pantai nak kenal tempat je dulu since tak biasa so kita biasakan diri dulu. Dah pusing2 tu kami pi cari makan pulak. Lapaq baqhangg~

Kat sini memang senang cari makanan Halal so takyah risau nak bawa makanan dari Malaysia. Aku datang sini pun rasa macam duk kat Malaysia sebab orang sini ada je yang pandai cakap Melayu. So untuk masalah komunikasi tu tak parah la. Yang jadi masalah bila tak pandai Melayu dan English. Aku memang garu kepala jugak nak bagi paham guna bahasa isyarat jela. Haha

Flatlay : Failed
Gelas air pun tak nak kalah
Untuk first day kat sini, of course kitorang makan lauk famous di Thailand which is Tom Yum Kunggg~ dan Kari Hijau. Ada lagi lauk lain yang korang boleh tengok kat atas tapi aku lupa nama. Sedap beb. Sumpah. Tak ada yang tak sedap. Kitorang sampai tersandar2 la cerita dia. Puas hati nak bayar pun tak rasa menyesal. Haha Owh aku terlupa masa kami tengah syok melantak tetiba hujan turun boleh tahan lebat jugak lencun laa moto kitorang, so sambil tunggu hujan reda kami ada juga order Nutella Pancake dan ada satu lagi aku lupa nama pancake tu. Dan tak sempat snap 2 minit licin. Haa ko rasa? Haha Overall kami habis 1400 Bath. Selamat~ Haha

After that, hujan pun dah stop kami pun gerak ingatkan nak balik villa terus. Ghopenye tidak guys tidak. Berhadapan Masjid Aonang ada booth2 yang jual macam2 baju dan souvenir. So as perempuan tak sah kalau tak singgah kan? Hahaha So kami singgah nak cuci mata. Cuci mata sajoo nak tengok barang apa yang ada dan berapa harga. Kita kena berbelanja dengan bijak ya anak2. Haha Dan based on experience aku boleh kata kat sini mahal SIKIT dari tempat2 yang ada. So yeah jangan bimbang kat sini sangat senang nak cari barang2 untuk jadikan souvenir. Merata2 just kena pandai cari dan nego. Kalau tak dapat nego harga nego free gift. Okay? #sisbagitips haha

Pemandangan dari masjid
Okay lepas dah settle cuci mata, kami pun gerak balik. Ingatkan dah settle guys? Owh semestinya tidak. Sebelum sampai tempat penginapan kami singgah pula di Family Mart. Yaa kita kena gunakan masa dan kemudahan yang ada sepenuhnya di sini. Haha! Sampai di villa, kami pun terus berbincang dan tanya berkenaan pakej untuk aktiviti esok pada Sand. Sebab? Sebab pakej2 yang ada kat pantai Aonang mahal sikit berbanding yang villa sediakan so kami decide untuk go on dengan pakej dari villa. Last activity pada hari itu adalah menyelam. Lol memandangkan bilik kami berhadapan swimming pool dan baju dah basah kes hujan rintik2 (air bergelora mak bagi seposen haa okay tak hahahambar) sepanjang perjalanan balik dari pantai tadi so aku dan Kak Ana terus lepak menyelam terselam dulu sebelum masuk tidur. Hihi. 

Nantikan aktiviti hari ke 2 kami yang tak tahu lagi bila nak update ye. Haha Bye guys! 


Adios

No comments: