Trip to Krabi : On the Way

Assalamualaikum.


Hye guys! Ok sambungan dari post Trip to Krabi : Preparation, sekarang aku nak sembang perjalanan kami dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu, TGG ke KLIA2. Kami berempat bangun awal #pengorbanan haha untuk bersiap dan bergerak ke TGG pada pukul 7.00 pagi sebab flight kami seawal 8.30 pagi untuk ke KLIA2. Masa ni mak tegur suruh makan breakfast pun main hentam makan kelam kabut sebab takut lambat dengan aku yang muka barai gila, kepala berat kes tak cukup tido. Ni semua kes excited punya pasal tak memasal badan merana. Tapi Alhamdulillah tak melarat sebab mindset nak happy2 so yeah. Dari rumah kami ambil masa lebih kurang 45 minit untuk ke TGG, thanks Ayah sebab sudi hantarkan! Hehe :*

Kami jejak KLIA2 dalam pukul 9.45 pagi terus gerak cari makan. Haa masa ni baru menyesal makan kelam kabut tadi hahaha Aku singgah Family Mart sekejap tapi sayangnya Oden tak siap masak lagi. Hurm. So, aku just beli Onigiri sebab tak pernah rasa. Lepas tu baru la pergi foodcourt untuk kedarah nasi. LOL

Sedap guys. Tekak aku boleh terima dengan baik. Haha

Lepas settle makan kami direct pergi customer service AirAsia. Haa ni satu hal aku nak mention. Masa booking flight ticket, ada kesilapan teknikal sikit di mana nama kakak aku yang sepatutnya bernama Fahana tersalah jadi Farhana. Ramai yang kata kalau domestic flight takpe tapi since kami nak fly oversea (lah sangatt~ hahaha) so kami memang kena buat correction. Alhamdulillah masa time kami punya turn tu tak ramai orang dekat customer service AirAsia so tak laa lama sangat menunggu dan problem tu tak complicated so lepas settle terus check in for the second time and print boarding pass. Aku dengan yang lain walaupun dah ada A4 size punya boarding pass pun still nak menggedik print jugak. Haha

Gigih

Nak jugak tunjuk boarding pass + passport. Ajet2 sangat. Haha

Masa ni kami dah gerak masuk balai berlepas, agak cuak sebenarnya since for international flight banyak sangat pantang larang takleh bawak cecair lebih 100ml laa ape la. Aku bawak perfume, pencuci muka semua tu so risau kalau dia suruh buang OH NO. Alhamdulillah tak perlu pun guys. Aku boleh masuk dan fly dengan jayanya. Hihi.

Kami fly dalam sejam 20 minit jugak untuk sampai Airport Krabi. Nasib baik dah makan kenyang2 so tak ada la rasa nak maki orang sangat. Haha! Oh dan sebelum flight jejak tanah Krabi, semua penumpang akan diberi satu borang Imigresen untuk proses Imigresen kat Thailand nanti. Since aku dah baca benda ni dari blog2 yang ada *thanks guys!* so takde la rasa pelik sangat. Kami terus isi sebab tak nak kelam kabut isi di airport nanti. To be honest aku tak tahu apa function benda alah ni. Yang aku tahu, kita kena isi dan nanti kat sana kena bagi kat kaunter Imigresen Thailand. That's all. Haha 

This is that 'benda alah' haha
Touchdown!
Yeay dah sampai Krabi guys! Hakak happy. Haha Tapi tapi tapiii masa ni tanah Krabi hujan. Walaupun tak lebat tapi hujan la yang sambut kami. Aku tak paham jugak dengan konsep aku pergi mana2 mesti kena hujan. Sayang sungguh hujan kat aku. Luls. Hahaha Okay lepas dah settle kat kaunter Imigresen kami gerak keluar balai ketibaan. Masa ni ada seorang staff dari Klook Apps tengah tunggu sebab aku ada beli simcard dari that apps sebab ntah rasa nak try beli dari apps tu. Dan apa yang aku tak puas hati is dia tak letak pun nama aku kat cardboard dia. Dia just tulis KLOOK saja. Mana aku nak tahu kau tengah tunggu aku. Hailaa. Nasib baik kakak ipar aku suruh pergi tanya. Dan satu lagi aku tak puas hati dia just bagi je simcard tu kat kami then dia blah. Like hello macam mana aku nak tau dia activated macam mana hoi! Tapi rupanya dia automatic. Hehe Btw masa tu aku pun dengan badigolnya cakap melayu dengan dia. HAHAHA Sorry laa tak biasa hokeyyy. Dia macam tercengang2 jugak la. Hehe Setttle pasang simcard kami pun terus cari teksi untuk gerak pergi guesthouse. Masa ni memang tak payah susah2 nak pikir. Memang diorang dah get ready kat gate tu. Just bagitahu kita punya destination, nego harga then gerak. Hee~

Pemandangan di depan bilik
Okay guys kami dah sampai ke tempat penginapan kami, Pin Thong Aonang Villa. HIGHLY RECOMMENDED GUYS SUMPAH! Sangat bersih, owner dan staff sangat friendly, mesra negotiation hahaha ada tuk2 free bawak pergi Aonang Beach, ada motorbike boleh sewa dengan harga yang murah, tenang, boleh swimming malam2 buta. Oh My I love This Place So Much! 

Model takyah bayar
This one bilik aku dan Kak Ana. Memang selesa, bersih dan sejukkk hihi

Pantry just in case nak masak or nak panaskan lauk

Bersih guys. Bersih gila. Love teroxxx
Kami stay kat sini 4 hari 3 malam. Hari2 staff akan bersihkan toilet. Balik bilik memang toilet kering dan bersih. Towel akan ditukar tiap2 hari. Sama jugak dengan cadar. Lantai yang berpasir balik dari pantai tu pun memang gerenti licin guys. Bila dah sampai Krabi memang aktiviti pantai jela so  memang akan guna banyak towel. Jangan risau guys, mereka ada sediakan tikar lipat dan towel asing untuk di bawa. So takyah risau nak curi towel hotel bawak pergi pulau and so on. Haha!

Okay la aku stop sampai sini dulu. Next time aku cerita aktiviti-aktiviti aku kat sini pulak. 
Bye!


Adios

No comments: