Trip to Penang Part 2

Assalamualaikum.


Sebelum ni aku ada sembang pasal Trip to Penang Part 1 Okay sekarang aku nak sambung sembang pasal Penang Part 2. Ye tahu lambat gila. Sorry! >.< Lepas kami dah settle dengan macam2 posing dekat Glow In The Dark Museum kami gerak pergi Masjid Kapitan Keling. Masjid ni sama je macam masjid2 yang lain. Apa yang best pasal masjid ni cuma lokasi dia dekat gila dengan warung nasi kandar. Kalau datang sini boleh cari nasi kandar kat sini. Tapi schedule kedai dia aku tak tahu sebab aku tak pergi pun. Hehe








Then lepas solat dan rehat kami decide nak pegi mall sebab nak cari sushi. Empire Sushi to be exact. Aku tak pasti sama ada tu Queensbay Mall or something-Avenue Mall or whatnot sebab aku tak ingat. LOL but yeah kami lepak sushi then cuci mata tengok sales then solat. After that kami terus gerak naik free shuttle bus cari Starbucks klasik. Sebab apa aku kata klasik? Sebab dia punya building and interior dia klasik gila. Macam hang masuk restoran zaman jajahan Jepun.



Nampak dia punya entrance kau dah boleh feel dia punya klasik. Haha!


Kpoper detected >.<

Settle kat Starbucks kami pun terus gerak pegi cari pasembuq. Aku sumpah lupa jugak yang ni pun apa nama tempat dia. Padang Kota kut. Aku dah tanya kawan aku, but aku still lupa. Aku rasa aku dah telan sarang semut ni. Kalau telan semut sekoq dua tadak aih pelupa laguni. Gitchewww.

Kat sini kami makan sepinggan kongsi 4. Portion dia banyak satu hal. Serabut dengan tukang kedai hat duk panggil2 pun satu hal jugak. Korang boleh chill kut bagi peluang aku usha kedai2 mana aku nak pegi. Haih dia punya competition seramm. Kat sini tak lama pun sebab hujan dan kitorang nak gerak pegi Penang Avatar Secret Garden pula.


Haa sampai kat sini aku suka gila sebab ni la main reason aku nak pegi Penang. Aku nak pegi tengok lampu2 kat sini la. Lawa baqhanggggg!! Walaupun masa ni Penang baru lepas banjir besar tapi dia punya lampu dan kecantikan tak jejas langsung. Nasib baik lampu-lampu tu sangkut kat dahan pokok hat tinggi melangut. Kalau dakkk hancus plan aku. So, silakan menjamu mata.

Cantik guys. Sumpah! 

Nak pegi lagi!!!

Okay lepas posing sana sini. Masa pun dah nak jejak midnight. So kitorang pun gerak balik hostel. Kawan-kawan aku pulak decide untuk balik rumah terus sebab esok dah kerja. Sobs. So kitorang berpisah dekat hostel yang aku lepak.


Keesokan harinya aku tak plan untuk pegi mana-mana pun. Kami decide untuk pegi breakfast dan terus gerak airport sebenarnya. Tapi lain pulak jadi bila kami sesat tak jumpa punca. Haa nak tau sesat kes apa. Stay tunedd. Nanti aku buat part 3 pulak. Sebab aku dah lama peram part 2 ni so aku release dulu yang ni. Bye!!


Adios



Trip to Kelantan

Assalamualaikum.



Okay tak settle lagi kat Penang. Tapi aku nak cerita pasal trip to Kelantan dulu.


Actually trip ni pun aku tak rancang sebenarnya. Disebabkan aku gatal tangan pegi cek hotel kat Agoda tarikh dekat dengan Christmas Day aku ingatkan mahal so macam ajet2 nak tengok jela. Sekali jumpa yang murah so apa lagi aku booked terus.



Aku dari Putrajaya aku naik bas hari Khamis malam Jumaat. Sampai Terengganu pagi Jumaat then kami terus gerak pegi Kelantan pagi Jumaat tu. Our first destination adalah butik Fareeda. Since this trip aku memang niat nak happykan mak aku dan beliau adalah peminat fanatik tudung Fareeda so aku layankan je. I love you, Mak!



Next kami straight to kedai Nasi Kak Wok Original. Supposedly kami nak makan sana tapi sayangnya masa kami sampai kedai dah nak tutup sebab hari Jumaat diorang half day. So kami beli bungkus makan dekat hotel. Apa yang aku boleh komen kat sini nasi kak wok ni best tapi mungkin hari yang aku pergi tu hari malang aku sebab dapat ayam goreng kunyit dia masin sikit. But overall nasi dia nice. 




Lepas check in, makan, solat dan rehat semua orang decide nak pergi mall.So kami terus bersiap untuk ke KB Mall. Kat sana tengah sale since musim Christmas kan. Then after that kami decide nak dinner dekat Tumpat. Kedai yang viral dekat facebook tu. Kedai makan Farrah Cafe Tumpat Boat Noodle Bangkok haa amekaw punya panjang nama. 


Haha kat sini kami order macam-macam. Aku list apa yang aku ingat kami order Boat Noodle (obviously) Mee Bandung for my mom then Nasi Goreng Pattaya n USA (datang lambat tak masuk gambar) then ada macam2 variasi air yang best gila, ada jugak buah ala2 bingsu dia letak aiskrim as topping (sedap gila namampos) ada jugak roti ala sangkaya. Ada lagi satu dua makanan yang aku lupa. Makan sampai menyandar uolls. Aku suka kedai ni sebab service laju dan makanan sedap dan murah.




Selesai melantak kami pun balik ke hotel. Tapi memandangkan hotel kami berhadapan dengan pasar malam Wakaf Che Yeh so kami panjangkan langkah gerak ke sana cuci mata dulu sebelum tutup mata untuk tidur. Bukan untuk mati ya kawan-kawan.


Masa ni nasib tak menyebelahi kami sebab hujan renyai2 tapi jalan tetap jalan. Haha! So kami look around dalam sejam (look around sejam guys, kalau cuaca elok tak tahu la lama mana lagi stay situ haha) then terus balik hotel. Masa ni badan aku dah lemah gila since dari Putrajaya aku terus gerak Kelantan tak rehat tambah dengan cuaca lagi. Mencabar ya.


Keesokan hari kami bersiap untuk check out dan terus gerak untuk cari sarapan. Next destination kami adalah warung Kopitiam Kita. Warung ni aku tak pernah dengar to be honest tapi since aku suka research sebelum bercuti memang banyak blog yang recommend this warung. So here we go. Warung ni terkenal dengan roti titab special beliau.




Memang special guys. Kalau bukan mak aku yang larang, aku dah order 3 pinggan sorang. Tapi sebenarnya sepinggan pun dah cukup sebab dia cepat muak since kita makan dengan telur separuh masak. However, roti titab dia memang da boom! Sedap gila. Selain itu ada juga makanan lain yang boleh dipilih. So selamat menjamu selera jela cerita dia. 


Next kami gerak ke Pantai Cahaya Bulan sebab nak cari warung Pak Mat Pulau Pisang. Tapi sayangnya masa kami sampai kebanyakan lauk dan TEH AIS MADU YANG SPECIAL ADA AISKRIM SEMUA DAH HABIS!!! How sad huhu Aku ingin menegaskan kat sini bahawasanya AKU SANGAT SUKA TEH AIS MADU PAK MAT NI! DA BOOM WA CAKAP LU! Sampaikan dia punya buih pun sedap. Kau rasa? Hahaha 5 stars Pak Mat! Tapi service dia boleh tahan lambat since ramai orang.




Dan our last destination di Kelantan haruslah Aeon Mall ye guys. Ya mereka sangat sukakan mall so kita ikutkan sajo asalkan mereka bahagia. Kat Aeon aku banyak lepak cuci mata grab snacks sana sini ternak lemak as usual. Family aku yang lain banyak shopping untuk kenduri kahwin sepupu aku nanti that's why la masing-masing menggila nak pergi mall.







Okay la sampai sini saja post untuk Trip to Kelantan aku. Overall budget aku tak kira sebab tak nak menangis di kemudian hari haha So yeah. Kelantan aku akan datang lagi jangan risau. Banyak lagi tempat aku tak jejak. Till the next post. Chow!


Adios