Trip to Kelantan

Assalamualaikum.



Okay tak settle lagi kat Penang. Tapi aku nak cerita pasal trip to Kelantan dulu.


Actually trip ni pun aku tak rancang sebenarnya. Disebabkan aku gatal tangan pegi cek hotel kat Agoda tarikh dekat dengan Christmas Day aku ingatkan mahal so macam ajet2 nak tengok jela. Sekali jumpa yang murah so apa lagi aku booked terus.



Aku dari Putrajaya aku naik bas hari Khamis malam Jumaat. Sampai Terengganu pagi Jumaat then kami terus gerak pegi Kelantan pagi Jumaat tu. Our first destination adalah butik Fareeda. Since this trip aku memang niat nak happykan mak aku dan beliau adalah peminat fanatik tudung Fareeda so aku layankan je. I love you, Mak!



Next kami straight to kedai Nasi Kak Wok Original. Supposedly kami nak makan sana tapi sayangnya masa kami sampai kedai dah nak tutup sebab hari Jumaat diorang half day. So kami beli bungkus makan dekat hotel. Apa yang aku boleh komen kat sini nasi kak wok ni best tapi mungkin hari yang aku pergi tu hari malang aku sebab dapat ayam goreng kunyit dia masin sikit. But overall nasi dia nice. 




Lepas check in, makan, solat dan rehat semua orang decide nak pergi mall.So kami terus bersiap untuk ke KB Mall. Kat sana tengah sale since musim Christmas kan. Then after that kami decide nak dinner dekat Tumpat. Kedai yang viral dekat facebook tu. Kedai makan Farrah Cafe Tumpat Boat Noodle Bangkok haa amekaw punya panjang nama. 


Haha kat sini kami order macam-macam. Aku list apa yang aku ingat kami order Boat Noodle (obviously) Mee Bandung for my mom then Nasi Goreng Pattaya n USA (datang lambat tak masuk gambar) then ada macam2 variasi air yang best gila, ada jugak buah ala2 bingsu dia letak aiskrim as topping (sedap gila namampos) ada jugak roti ala sangkaya. Ada lagi satu dua makanan yang aku lupa. Makan sampai menyandar uolls. Aku suka kedai ni sebab service laju dan makanan sedap dan murah.




Selesai melantak kami pun balik ke hotel. Tapi memandangkan hotel kami berhadapan dengan pasar malam Wakaf Che Yeh so kami panjangkan langkah gerak ke sana cuci mata dulu sebelum tutup mata untuk tidur. Bukan untuk mati ya kawan-kawan.


Masa ni nasib tak menyebelahi kami sebab hujan renyai2 tapi jalan tetap jalan. Haha! So kami look around dalam sejam (look around sejam guys, kalau cuaca elok tak tahu la lama mana lagi stay situ haha) then terus balik hotel. Masa ni badan aku dah lemah gila since dari Putrajaya aku terus gerak Kelantan tak rehat tambah dengan cuaca lagi. Mencabar ya.


Keesokan hari kami bersiap untuk check out dan terus gerak untuk cari sarapan. Next destination kami adalah warung Kopitiam Kita. Warung ni aku tak pernah dengar to be honest tapi since aku suka research sebelum bercuti memang banyak blog yang recommend this warung. So here we go. Warung ni terkenal dengan roti titab special beliau.




Memang special guys. Kalau bukan mak aku yang larang, aku dah order 3 pinggan sorang. Tapi sebenarnya sepinggan pun dah cukup sebab dia cepat muak since kita makan dengan telur separuh masak. However, roti titab dia memang da boom! Sedap gila. Selain itu ada juga makanan lain yang boleh dipilih. So selamat menjamu selera jela cerita dia. 


Next kami gerak ke Pantai Cahaya Bulan sebab nak cari warung Pak Mat Pulau Pisang. Tapi sayangnya masa kami sampai kebanyakan lauk dan TEH AIS MADU YANG SPECIAL ADA AISKRIM SEMUA DAH HABIS!!! How sad huhu Aku ingin menegaskan kat sini bahawasanya AKU SANGAT SUKA TEH AIS MADU PAK MAT NI! DA BOOM WA CAKAP LU! Sampaikan dia punya buih pun sedap. Kau rasa? Hahaha 5 stars Pak Mat! Tapi service dia boleh tahan lambat since ramai orang.




Dan our last destination di Kelantan haruslah Aeon Mall ye guys. Ya mereka sangat sukakan mall so kita ikutkan sajo asalkan mereka bahagia. Kat Aeon aku banyak lepak cuci mata grab snacks sana sini ternak lemak as usual. Family aku yang lain banyak shopping untuk kenduri kahwin sepupu aku nanti that's why la masing-masing menggila nak pergi mall.







Okay la sampai sini saja post untuk Trip to Kelantan aku. Overall budget aku tak kira sebab tak nak menangis di kemudian hari haha So yeah. Kelantan aku akan datang lagi jangan risau. Banyak lagi tempat aku tak jejak. Till the next post. Chow!


Adios

Trip to Penang Part 1

Assalamualaikum,


Owh wow. Macam lama pulak TERtinggal blog ni. Patut la rasa macam ada hutang tak bayar. Well, sorry sebab ada life yang kena hadap, ada kerja nak kena siap, ada colleagues nak kena back up dan ada mulut nak kena suap. LOL.


So.... okay now back to my main purpose for this update is to talk about my a-few-months-back trip to Penang. Hahaha Dah basi beb. But i don't care. *flip tudung*



I planned this trip with my sister and my friends. Actually this trip tak plan kinda vacation. I found a cheap flight ticket on 4th November 2017 and i asked my travel buddies and i booked. Langsung tak terpikir yang Penang akan banjir or masa tak sesuai untuk travel and what not.


Nakkk dijadikan cerita, pada hari kejadian aku dan kakak aku memang tak tengok berita langsung. Literally. Sampai la kami dah ada dekat airport dan flight delayed. Yeah right. Delayed sampai pukul 2 pagi. Ko rasa? Haha Bagi aku yang first time nak travel acah2 backpackers ni memang rasa macam annoying gila bila flight delayed but it's okay since AirAsia bagi free McChicken Burger. LOL mudah betul makan umpan.



Dannnn apa yang buat aku cuak is bilamana abang aku whatsapp dan bagitahu yang Penang dah banjir dan hujan lebat gila that's why flight delayed. Aku dan kakak aku macam a moment of silence masa tu. Sebab :
1. Kami tak tengok berita. Obviously.
2. Kami dari Putrajaya naik ERL straight to KLIA2 yang mana cuaca kat Putrajaya sangat baik pada waktu itu ya kawan2.
3. KAMI TAK EXPECT GILA YANG TARIKH KAMI PILIH UNTUK PERGI TU, PENANG DAPAT RED WARNING DAN BANJIR N CUACA KAT SANA DALAM KEADAAN BAHAYA. OMG.


Since kakak aku memang jenis mudah cuak so aku berlagak cool like nothing's gonna happen to both of us. We need to continue this no matter what! Tapi muka masing memang dah ngantuk dan bosan gila. Not to mention ni first experience kakak aku nak naik flight ok guys? Hahaha Pity her i hope dia tak serik. ><
So yeah pukul 2 kami gerak naik flight dan cuaca memang sangat buruk. Waktu nak touchdown flight aku cuak gila since dia gegar2 dan jalan nampak macam licin gila dengan hujan lebat lagi angin kencang lagi. Fuhh nak gugur jantung beb. Tapi alhamdulillah kami selamat sampai.




Acah sangat pakai sweater tapi memang sejuk plus hujan renyai2 so yeah. Whatever. Haha


Okay dah sampai airport dalam pukul 3 pagi lebih kurang dan nak gerak ke guesthouse pulak lagi satu masalah bilamana tak ada Grabcar or Uber yang available masatu. Kami terpaksa tunggu dan compete dengan customer lain. Thank God masa tu we got discount code so boleh redeem that's why sanggup tunggu Uber haha. So after one hour (plus minus) dapat la Uber car dapat la gerak pegi guesthouse.
Kawan2 aku yang memang bekerja kat Penang memang dah get ready kat sana tunggu nak sambut kami. Tapi tu la orang tua2 kata kita hanya mampu merancang, but Allah is the best planner. Sebab? Haa sebab mula2 we planned to rent the same room tapi ada masalah with the guesthouse rules so diorang booked hotel lain.


Long story short, sebab banjir tahap apa air sampai paras peha I. Tell. You. Aku n kakak aku  redah jugak pegi ke hotel kawan2 aku since diorang dah tolong ambilkan kunci bilik kami. Tapi memandangkan banjir dan hujan so pergerakan kami terbatas lantas kami decided to stay with them pagi esok baru gerak guesthouse sendiri. Sobs.
Jom makan!




Yes! Alhamdulillah bila bangun keesokannya banjir dah surut so kami dapat gerak terus pegi ke guesthouse kami tinggal bagpack and all. So first destination kami of course la tempat makan. Lapar gila kut! >< To Kapitan Restoran we go!! Haha


Time ni rasa macam wow Penang is so nice. Tolak tepi pasal banjir okay? So first makanan yang aku try kat Kapitan Restoran is Nasi Kandar ala Ganu sebab lauk ikut suka hati tak ikut proper rules of Nasi Kandar pun. Hahaha


To be honest I'm not so fancy of mamak kind of food. But bila hang mai Penang hang kena trai laa Nasi Kandaq baqu hang tau langit tinggi ka rendah. Tudiaaa dia kluaq dah Penang dia hang jangan memain. Haha!



Next kami gerak ke Interactive Museum Made in Penang. Muzium ni nice gila sebab kat sini la kita dapat capture gambar2 yang acah 3D. Aku yang first time datang tempat macam ni since Terengganu tak ada benda2 macam ni so aku amazed. Amazed gila! Hahaha Kat sini banyak je muzium2 yang ada 3D art ni dan IMMIP ni one of them la kiranya.









After that kami jalan2 round Penang sambil cari apa saja yang nampak menarik. Dan yang Open since semalam banjir so banyak gila kedai yang tak buka. #bitter haha

Owh by the way, dekat IMMIP tadi kami dapat satu discount coupon to redeem kat mana2 mentioned museum so kami pun gerak to one of the museum mentioned which is Dark Mansion 3D Glow in The Dark Museum. Kan dah bagitau kat Penang memang banyak muzium 3D ni. Tunggu nak datang je. #promote haha

Kat sini semua gelap sebab kalau tak dark macam mana hang nak nampak dia punya glow tu? LOL
Tapi sumpah kat sini everything buat aku amazed. Dari glow dia, tempat2 3D dia then macam-macam la. Nanti sat aku letak gambaq hangpa pi layan. Gituhh.







So aku rasa sampai sini dulu lah. Sebenarnya banyak lagi gambar menarik tapi macam dah panjang sangat ni satgi hangpa meluat pulak. Next post aku continue Trip to Penang part 2 okey? Chow!



Adios