Assalamualaikum.
Lama betul aku abaikan tanggungjawab kat sini ya? Okay la kalini aku nak sembang pasal braces journey aku. Hujung tahun lepas (2020) aku ada luahkan hasrat hati nak pakai braces ni pada parents aku. Aku saja nak test je. Nak tengok macam mana reaksi mereka. Sekali aku dapat respon positif. Aku pun start la buat research berkenaan apa yang aku patut tahu pasal braces ni macam harga, cara penjagaan, tahap sakit dia, pros and cons dia. Selain itu, aku ada juga tanya pada kawan2 aku yang memang dah berpengalaman dalam pemakaian braces ni. Boleh la topup info yang aku tau dengan pengalaman dorang sekali.
Klinik Pergigian Ibnu Sina, Kuala Berang |
Lepas aku cari, call, message, timbang tolak bahagi semua aku pun pilih Klinik Pergigian Ibnu Sina di Kuala Berang sebab kat situ yang paling affordable. Lepas aku dah decide untuk pakai braces kat klinik ni, aku pun terus pegi book appointment untuk consultation tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. A few weeks after aku buat appointment tu pihak klinik call aku dan inform yang mereka terpaksa tangguhkan aku punya appointment sebab klinik under renovation masa tu. Aku tanya berapa lama masa untuk klinik akan open macam biasa then mereka kata dalam dua tiga bulan juga so aku pun memang tak rushing aku pun okaykan saja la.
Lepas 5 bulan aku tunggu, aku still tak dapat call dari pihak klinik. Aku syak mereka tak follow up dengan patient jadi aku pun cuba call dan message untuk dapatkan kepastian dan update. Rupanya klinik dah buka jadi aku pun terus minta appointment date dan dapat pada 17 Jun 2021. Aku pun terus buat mental preparation sebab terus rasa cuak lepas dapat date. Dan aku jadi makin cuak bila klinik call semula untuk awalkan dua hari dari tarikh sebelum ni sebab tarikh asal ada clash dengan dentist's schedule. Not to mention, sekarang ni musim PKP, musim Covid 19 so aku dengan semangat pergi balai polis untuk apply surat rentas daerah since aku dari Marang nak ke Kuala Berang tapi usaha aku jadi sia2 bila polis kata "Oh kalau ada appointment tak perlu surat polis. Tunjuk je surat appointment." Hampeh betul nasib baik balai dekat dengan rumah.
Hari yang buat aku cuak pun tiba, aku dengan adik aku pun drift ke sana dengan harapan polis tak tanya lebih2. Alhamdulillah, polis bukan saja tak tanya lebih2, polis pun tak ada masa kami lalu tu. Aku baru excited nak tunjuk surat appointment aku haha Okay lepas dah daftar semua, aku pun dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan. Semasa dalam bilik rawatan, dentist pun mula dengan consultation sambil dia check gigi aku. Dia ada tanya kenapa nak pakai braces? Aku memang dah ada skema jawapan untuk ni (thanks Fizah haha!) aku pun kata sebab saya tak puas hati masa gosok gigi sebab gigi saya berlapis. Sebab kalau korang kata sebab nak cantik saja2 maybe dentist tu akan nasihatkan untuk tak buat braces selagi mana gigi korang masih functioning well. Tapi tapi tapi, aku tak menipu. Alasan yang aku bagi memang betul. Huhu
Patience is a virtue~ |
Lepas dah settle cek gigi, dia ada bagitau pasal berapa batang gigi yang kena cabut, gigi mana yang kena cabut untuk bagi ruang gigi nak gerak kan. Untuk aku, gigi yang aku kena cabut 2 batang sebab aku dah pernah cabut gigi bongsu aku. Okay then, dia start ambik something yang macam tanah liat yang namanya dental mold untuk buat acuan gigi aku. Masa proses tu masing2 ada pengalaman masing2. Kalau kawan aku, dia kata dia rasa nak muntah sebab kena tahan nafas. Tapi untuk aku, aku rasa biasa. Aku okay je. Rasa sejuk je gigi bila dia tekap benda alah tu haha Sayangnya aku tak sempat ambik gambar acuan gigi aku tu huhu
Lepas je siap acuan tu, aku mintak untuk terus cabut sebatang gigi dulu dan dentist pun onz je jadi haritu saja aku settle tiga benda basic untuk braces iaitu consultation, buat acuan dan cabut gigi (sebatang) Dan untuk lagi sebatang, dentist serahkan kat aku untuk datang bila2 masa je kalau aku free sebelum sampai next appointment date iaitu pada 15 Julai 2021.
Upah adik sebab teman dan sabar menunggu hee.. |
So, aku walk in semula pada 5 Julai untuk cabut lagi sebatang gigi. Aku ingatkan dah settle la, just tunggu untuk pasang besi terus. Rupanya gigi aku ada lagi yang kena tampal pulak. Haha dah sekian lama tak pergi klinik gigi untuk check, memang la Oja oii. Malu betul dah besar pun gigi still karat. LOL Sudahnya, pada 10 Julai aku walk in sekali lagi untuk proses filling pulak.
Mak aii lenguh rahang bhaii kena nganga lama2. Gigi aku yang kena tampal ni sebenarnya reason besar aku utk pakai braces iaitu gigi depan yang berlapis. Bila dentist check, gigi depan aku dah caries katanya sebab berlapis so bila gosok tak masuk celah gigi dan malas floss pulak tu makanya jadilah caries. Haih malu la Oja... Disebabkan gigi depan, proses filling jadi makan masa dan makan duit ye anak2. Mak redho.. Then settle proses filling, just tunggu untuk proses pemasangan braces jela esok. Aku cuak tapi excited dalam masa yang sama. Lepas ni aku dan tobat nak jaga gigi baik2. Better late than never kan? Hihi. Sekian sampai sini saja untuk part 1 aku punya braces journey. Simpan sini buat kenangan. Haha
Setakat ini, aku punya bil adalah :
- Consultation ~ RM15
- Acuan gigi ~ RM50
- Tooth removal ~ RM140
- Filling ~ RM210